Monday, January 10, 2011

Mari kita lihat Trend masa kini.

Salam.Tak tau la benda ni dah lama atau baru tapi aku tetap nak post jugak.Dunia semakin maju,manusia semakin maju,pemikiran semakin kedepan,cara hidup semakin berubah,gaya hidup semakin moden dan gaya pemakaian dan solekan pun semakin gah.Tapi ape yg aku nak ketengahkan kat sini.Mungkin korang pun perasan benda ni.Aku pun perasan mase 1st time nampak trend ni aku pun macam penah terpikir,aku pernah nampak benda ni tapi kat mana.Benda ape yg aku cakapkan ni ialah solekan mata remaja2 sekarang.Solekan mata eyeliner yg menyerupai seperti dibawah.Korang pnah nampak x?





Aku rasa tak payah nak letak example cara solekan eyeliner ni.Korang sendiri pun tau kan.

Ape gambar ni?Ini adalah EYE OF HORUS.ianya melambangkan tuhan berkepala burung yg terkandung dalam mitos egypt.Simbol eye of horus ni merupakan simbol untuk perlindungan daripada kejahatan...korang semua dah besar jadi bole fikir sendiri dan boleh cari dengan lebih lanjut.Aku tulis dengan penuh perasaan kali ni.Kalau ye pun nak perlindungan dari kejahatan takkan sampai nak mintak perlindungan dari dewa2 mitos egypt kot?Ade yg pakai tudung tapi membawa simbol ni pulak.macam mane tu?

Sunday, January 9, 2011

The Illuminati




Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi. Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Angold Stadt, Jerman telah menganut fahaman Ateisme. Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer. Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi. Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya. Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

Siape itu ADAM WEIHUPT?Next entri nnt aku post tentang die.

Make sure korang keep surf blog ni untuk dptkan lagi info2 tentang ni..Sebab aku akan post 1 per 1 maklumat dari masa ke semasa..Sama ada betul atau tak maklumat ni..wallahu'alam..aku cuma seorang yg membaca dan menyampaikan ape yang ditulis.

Salam.

Entry kali ni adalah foward dari satu artikel yg diresearch oleh mistisfiles.Aku tak edit sangat entry kali ni sebab nakkan ketulenan research ni..Setelah berkali2 berbulan aku baca,research sendiri artikel ni,byk maklumat yg aku bole dapat.dan tujuan aku kali ni adalah nak share kan maklumat ni dgn smua visitor.